MALAIKAT memang mempunyai Kaabah
sendiri yang terletak di langit ke 7. Kaabah untuk malaikat itu
dipanggil ‘Baitul Makmur’ dan terletak bertentangan dengan Kaabah yang
berada di bumi.Tegasnya, Baitul Makmur itu berada di atas Kaabah yang
berada di bumi., seandainya Kaabah malaikat itu jatuh nescaya ia akan
menghempap Kaabah yang berada di Makkah. Selain Baitul Makmur, yang
berada di langit yang ke tujuh, di setiap langit yang lain juga ada
rumah ibadat tempat para penghuninya beribadah kepada ALLAH.
ALLAH
telah bersumpah dengan Baitul Makmur di dalam Al Quran sebagaimana
firmanNYA yang bermaksud : ‘ Dan demi Baitul Makmur’ .Dalam menceritakan
kisah perjalanan Mikrajnya, Rasulullah s.a.w telah menyebutkan bahawa
baginda dibawa melalui ke Baitul Makmur di langit ke tujuh. Baginda
bersabda yang ertinya : ‘Kemudian saya dibawa naik ke Baitul Makmur di
situ terdapat 70,000 malaikat masuk ke dalamnya setiap hari dan tak
pernah kembali dari situ sehingga sampai yang terakhir’.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar